memaksa diri,
untuk ketawa,
senyum,
lagi kan buat muka manis.
untuk saat ini,
dua tiga hari ini,
itu semua mustahil,
tapi cubaan untuk menggerakkan pipi keatas,
mengecil mata,
tak pernah henti,
terus mencuba,
walau kerap kali gagal.
p/s:
ada sesuatu yang membuat berat di hati ini,
ada sesuatu yang masih tidak lepas lagi,
hanya air mata penyudahnya.
kerna kau tidak begitu mengerti hatiku!
Tuesday, December 27, 2011
Thursday, October 27, 2011
Apa yang kau kejar pada dunia?
Apa yang kau kejar pada dunia?
wang yang boleh penuh satu semesta?
belum cukup buat kau bahagia disana,
kereta mewah ditukar tiap masa?
belum tentu boleh membawamu cepat ke sana,
rumah mewah bertingkat tingkat bersalut emas?
belum cukup buat kau selesa untuk tinggal lama,
makan minum mewah ikut suka?
belum pasti akan buat kau kenyang disana,
kau selalu bilang aku tidak bisa berpanas lama lama,
bahkan telah diceritakan pada hadis-hadis,
bahangnya api neraka lagi sengsara,
tapi kau lebih rela bersejuk nyaman di dunia,
dunia ini sementara,
sementara.
Apa yang kau kejar didunia,
tanah yang kau pijak ini,
nafas yang kau hela ketika ini,
syukurlah DIA masih benarkan,
syukurlah,
dari dosa yang kau tambah,
masih banyak kurnia yang diberiNYA,
DIA maha pemurah,
tapi kau harus tahu,
DIA juga akan murka,
Apa yang kau kejar didunia,
maruah kau letaknya pada kawan,
lebih pentingkan mereka dari DIA,
sedangkan kau akan lebih lama bersama DIA,
bukan mereka.
Apa yang kau kejar didunia,
masa makin singkat,
ujian makin kencang,
masih sempatkah beramal untuk disana
masih sempatkah untuk mengajak yang disayang ke jalan yang sama,
jika di dunia tidak mampu mengajak,
lagikan didunia sana,
apa akan jadi pada mereka,
dimana aku dimana mereka,
dapatkah mereka bantu aku,
atau sebaliknya,
Apa yang kau kejar di dunia.
ilmu yang kau punya adakah boleh membekal mu disana,
atau sekadar menambah level hidupmu saja,
atau sebaik pemanis mulut bila kau bicara,
apa yang kau rasa?
Apa yang kau kejar didunia,
katakanlah,
Apa yang kau kejar didunia?
Selagi punya masa untuk bertaubat,
Selagi sejadahmu masih bersedia untuk disujudmu pada yang ESA,
Kejarlah pahala untuk ke dunia sana.

cintaku pada mereka
cintaku pada mereka tak pernah padam,
tetapi makin membuak demi hari,
doa mereka buat aku selalu kuat,
dan selalu percaya pada diri.
cintaku pada mereka jika dikali,
hanya memberi jawapan infiniti,
doaku pada mereka,
sampai akhirat cinta ini dapat dikendung sampai ke syurga abadi.

Sunday, September 18, 2011
nafsu kerja
ikut hati,
bukan kepala mahupun otak,
sesuatu yang buat kau selalu ada rasa "ghairah" atau "stim" bila bekerja.
kalau benar harus ikutkan hati,
aku mahu bersama mereka,
ada sesuatu yang buat aku tertarik,
mereka selalu benar buat aku tertawa,
tidak pernah buat aku serabut,
tapi ghairah itu tidak ada,
aku mahu kerja yang boleh buat aku tak kemana,
biar 24 jam aku dengan dia,
fikirkan nya,
mahu pun dalam lena.
aku akan cari ghairah adan stim aku,
yang boleh buat aku tertawa,
tidak susah mungkin, aku akan cuba sedaya mungkin.
jadi selepas memegang ijazah,
boleh lah aku jinak jinak kan,
mengarang puisi indah buat manager cool di dunia,
juga pada team leader yang cantik manis yang selalu buat aku selesa,
aku berhenti bukan kerana orang,
tapi kerana nafsu,
nafsu kerja yang tidak pernah ada.

Saturday, August 20, 2011
semangat yang hilang
aku tidak punya apa apa
tidak ada apa yang menarik
yang ku jaja hanya la sekeping hati
pun terkadang
banyak kali ku curang
kecundang
aku cuba cari kelebihan diri
aku ingin jadi seperti mereka mereka yang berjaya
aku rasa sudah cukup tua,
tapi tidak punya apa
walau untuk membalas jasa
aku tidak mampu
buat itu buat ini
namun
aku terus mencari
kekuatan diri
aku semakin rapuh semakin kosong
pulihkan semangatku yang maha esa
berikan aku kekuatan
agar aku temui apa yang aku cari
agar hidup ini tidak begitu rendah
dan malu untuk berdepan duniawi
Monday, July 25, 2011
kerja!!!
hari ini hari pertama aku bekerja!!!
walaupun waktu bekerja 4.00ptg sampai 1.00pagi,
aku suka!
walaupun aku kene fikir cara untuk pulang ke rumah,
aku suka!
sebab,
line manager yang cantik, baik, kelakar dan muda!
:)
hari pertama kerja dah buat aku senyum sampai rumah.
good start!!!
harap-harap ini berkekalan!
Tuesday, July 19, 2011
kekasihku bukan orang seni
kekasihku,
bukan orang seni, tidak pandai bermadah, menyusun kata, tidak romantik,tapi manja, dan selalu cuba mencipta masa bahagia.
dulu,
waktu sekolah, aku selalu mengimpikan seseorang yang gila sweet, pandai berpuisi macam rangga, ingin sekali aku habiskan masa hanya mendengar dia berpuisi manja.
ketika itu,
aku juga dapat rasakan yang aku ni bakal jadi gila sweet macam rangga dan akan menjaga kekasihku lebih dari sayang pada nyawa sendiri.
pernah,
beberapa makhluk aku jumpa, punya jiwa seni, mereka tak perlu banyak usaha, sedikit yang keluar dari mulut, sedikit gerak geri, memadai mencairkan hati hati ketagih spesis seperti nya.
pernah juga,
aku berkesempatan ke pasar mereka berpuisi, berseni, terima kasih kepada yang sudi membawa, memang indah, jumpa manusia yang berjiwa seni, melihat mereka melemparkan kata, meluahkan rasa, menyebarkan seribu satu rasa.
sekarang,
aku sudah tidak peduli, berseni atau tidak, berpuisi atau tidak,
kerana aku sendiri baru sedar bahawa aku ini tidak pandai bermanja2, lagikan menjadi romantik dan mencipta masa-masa indah,
cukuplah punya seseorang yang berhati lembut, cuba penuhkan apa yang ku mahu selagi daya, sudi menjaga hati ini, dan sudi menghabiskan sisa hidup bersama.
cukuplah....

tapi,
itu dulu, sekarang,

Sunday, July 17, 2011
BOLEH!
masalah itu semut,
bagi sekeping hati yang kebal macam gajah.
....................
boleh itu boleh,
selagi tak ada "tidak",
semua benda akan jadi boleh,
manusia itu tetap manusia,
tiada yang beza.
........................
jangan terlalu kerap menabur janji pada diri,
lambat laun jika banyak yang tidak dipenuhi,
mereka akan curang juga.

RAPUH - OPICK
Opick - Rapuh
detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan
seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup
meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu
maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta
detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu
AIR JERNIH
kebelakangan ni,
hampir setiap hari aku menangis,
tahu???
hampir semua benda boleh buat aku menangis,
walaupun tengok bola,
tahu???
walau kau nampak aku tegar,
walau kau nampak aku kuat,
hakikatnya,
aku cengeng!
aku rapuh,
mudah terguris,
tahu???
hampir tiga minggu,
hari-hari pasti ada saja yang buat air jernih ini mengalir,
tahu???
mungkin tangki ini sudah berat dengan takungan air,
sudah tidak mampu menampung lama-lama.
bukan aku ingin menyalahkan sesiapa,
tapi hati ini,
kerap kali tersentuh,
hati ini kerap kali mempersoalkan sesuatu,
dan
hati ini kerap kali jugalah menjawab sesuatu,
lalu tak semena-mena air jernih mengalir,
bukan salah sesiapa,
benar!!!
ini lahir dari hati,
terjadi sendiri,
tiada siapa yang paksa.
kisah sedih hati,
yang hanya mampu,
mengalirkan air jernih!

Sunday, July 10, 2011
::DENGAR SAHAJA::
Benarkan mereka berkata,
dengar,
dengar,
bila satu suara dilaung,
tanpa disambut,
mesej takkan sampai,
dengar,
dengar,
kemudian baru fikir boleh terima atau tidak,
benarkan mereka berkata,
mungkin ada sesuatu,
benarkan,
dengar,
dengar,
dengar!

Tuesday, June 28, 2011
...percaya...
kita,
manusia,
dikelilingi dengan pelbagai ragam spesis makhluk,
yang boleh percaya itu kurang,
tapi yang tidak boleh percaya itu ramai.
bila kau jumpa seseorang yang percaya dan yakin akan kau,
seseorang yang sayang kau sepenuh hati,
seseorang yang ada bila kau perlu,
apakah patut kau lakukan?
adakah kau patut membuangnya begitu saja?
atau mempermainkan-mainkan perasaannya?
sedangkan spesis yang boleh percaya itu jarang dan sukar untuk ditemui,
selagi ada yang percaya,
jagalah ia,
mungkin,
dialah akan menjadi punca kekuatan bila kau susah nanti,
dialah yang sudi mendengar bila kau berat hati,
dan dialah yang sudi menjaga hati sampai kau mati.

Monday, June 27, 2011
nak jadi macam justin bieber boleh???
nak jadi macam justin bieber boleh???
kalau dituju soalan ini pada jambu, mungkin dia akan kata:"apa pun tak boleh! apa pun tak bole! apa pun tak boleh"
tapi kalau search kat youtube, boleh dikatakan setiap lagu ada orang akan cover. dan setiap satu yang diupload tu pasti akan ada yang sudi menonton. paling2 tak seorang dua.
dan,
kalau kita punya bakat yang *okeyyyy laaa... mungkin video itu akan di share2 kan ke twitter ataupun facebook.
menarik!!!
aku pernah la nak upload video nyanyian sumbang sendiri, tetapi disebabkan ilmu tentang teknologi itu kurang, setiap kali itu juga la aku gagal.
dan mungkin suatu hari nanti aku beerjaya upload..hahaha
dan yang terbaru (agak lama juga sebenarnya) di Malaysia, najwa latif menjadi hits di youtube..
okey kah???
(*.-)
tepuk dada! tepuk dahi! tepuk lagi!

D.O.A.
suatu panggilan yang tidak dijangka,
terlalu awal,
tapi membawa khabar gembira,
doa ibu bapa itu kuat,
walau banyak yang sekat,
tetap akan dapat.
terima kasih Allah kerana masih memberi nyawa kepada mereka,
doa mereka masih aku perlukan,
banyak lagi yang ingin aku gapai,
banyak lagi mahu aku capai,
biarlah nyawa aku dicabut dulu,
aku rela,
dari melihat mereka hilang buat selamanya.

Sunday, June 26, 2011
k.e.l.i.l.i.n.g.
mereka punya karaktor yang berbeda,
membuatkan aku selalu ingat dan tersenyum keseorangan,
tak kurang ada yang punya karaktor yang berbeda,
membuat semakin hari semakin membuak rasa benci dan mual,
patut pun apa yang kebanyakan rasa.
membuatkan aku selalu ingat dan tersenyum keseorangan,
tak kurang ada yang punya karaktor yang berbeda,
membuat semakin hari semakin membuak rasa benci dan mual,
patut pun apa yang kebanyakan rasa.
Friday, June 24, 2011
.: :.
boleh jadi,aku tak semesra dulu.tidak tahu bagai mana hendak mengungkap rasa, lagikan untuk bermanja-manja. Boleh jadi aku tak segila dulu. Tidak tahu hendak berkasih-kasih,lagi kan untuk bercinta-cinta. Hati ku memang cepat berubah, dari dulu memang tak ubah.itu lah aku.jadi,jangan tanya mana aku yang dulu,jangan suruh aku jadi yang dulu. Sebab itu dulu dan aku senang dengan yang sekarang. Nyaman...
Tuesday, June 21, 2011
cantik cantik
kalau aku punya rezeki untuk lihat yang cantik cantik,
pasti akan ku bahagia!
kekasihku yang cantik,
ayuh kita ke pulau tercantik didunia,
tidak merasa ke luar negara,
dalam negara pun sudah cantik,
pulau sipadan,
aku dapat rasakan
ia sudah cukup menarik dan cantik,
cukup untuk kita merasa angin laut,
cukup untuk melihat air biru nan tenang dan cantik,
jika ada rezeki lebih,
mungkin kita dapat lihat ikan duyung cantik,
pasti bertambah cantik kembara kita.
kekasihku yang cantik,
disana nanti dapatla kita merasa pasir yang halus dan cantik,
ikan ikan disana juga pasti cantik cantik,
kekasihku yamg cantik,
jika masih tiada rezeki untuk melihat semua yang cantik itu,
dapat menatap wajahmu pun sudah begitu cantik,
cantik..cantik..cantik
.:cantik itu luas:
kata nenekku "lelaki juga cantik" :.

Wednesday, April 27, 2011
nota kecil
nota kecil yang kau beri dulu,
masih ku simpan baik dalam hati,
tak kan mudah untuk ku lupakan,
tak kotor walau sedikit,
lagi kan habuk datang menempel.
nota kecil itu sungguh manis,
bila bila aku marah,
aku akan lihat nota kecil itu,
cukup membuat ku kembali tersenyum.
.:. i love you .:.
masih ku simpan baik dalam hati,
tak kan mudah untuk ku lupakan,
tak kotor walau sedikit,
lagi kan habuk datang menempel.
nota kecil itu sungguh manis,
bila bila aku marah,
aku akan lihat nota kecil itu,
cukup membuat ku kembali tersenyum.
.:. i love you .:.
Tuesday, April 26, 2011
g.i.l.a
jika kau kata, kau tak pernah jumpa orang segila aku
aku kata aku gila sejak jumpa kau
dan yang lebih parah
aku gilakan kau!
aku kata aku gila sejak jumpa kau
dan yang lebih parah
aku gilakan kau!
Friday, March 11, 2011
banyak sikit.sikit banyak.
banyak benda nak dibuat,
tapi kepala merengek kuat.
banyak benda nak diucap,
tapi masa berlalu cepat.
benyak benda nak didengar,
tapi telinga tuli tak bertempat.
banyak benda nak dilihat,
tapi diri tak cukup kuat.
bila, setiap yang nak diharung, diiringi dengan alasan.
semua benda tidak kemana. banyak mahupun sikit.
tapi, bila setiap yang nak diharung, diiringi dengan motivasi dan keinginan yang tinggi,
pasti usaha itu akan mendatangkan hasil.
lambat laun pasti akan ada hasil.
sebab fizikal manusia akan mengikut daya pemikiran yang ada untuk terus bergerak kearah yang nak dituju.
manusia tidak boleh hidup tanpa berfikir,
dalam setiap genap aktiviti,kerja yang dilakukan harus guna otak untuk berfikir,
dan pemikiran inilah yang akan mendorong manusia,
untuk menentu arah hidup,
berjaya atau tidak.
didikan pemikiran amat penting,
jika terus terusan berfikir tentang masalah,
ya masalah akan datang.
dan jika terus terusan befikir untuk berjaya,
biar masalah datang,
pemikiran akan dituju,
untuk terus berjaya,
ubah pemikiran.
aku ingin berjaya.
gandakan usaha untuk capai kejayaan!
pasti akan berjaya!

kapal layar
kapal yang berlayar semalam,
sudah hanyut bersama isi hati.
namun,
suatu hari,
pasti ada yang sudi menyelamat,
membantu untuk terus terusan berlayar.
sudah hanyut bersama isi hati.
namun,
suatu hari,
pasti ada yang sudi menyelamat,
membantu untuk terus terusan berlayar.
Saturday, February 19, 2011
rasa cinta
kau harus tahu,
ada suatu rasa yang tegar,
yang tak pernah kalah,
yang selalu menyerobong segenap sudut manusia,
tak kan pernah sikit,
dan selalu lebih,
jika dikawal,
ia tetap sama,
tak pernah kalah,
selalu saja ingin menang,
selalu saja ingin menguasai,
tidak ada, walau sekelumit rasa sabar,
kejam sungguh!!!
hey rasa cinta,
bolehkan kau bertolak ansur?
berikan aku ruang untuk menarik nafas,
kerana sejak hari itu,
kencangnya bukan kepalang,
aku mahu lama merasai kau,
biar nafas ku panjang,
sama-sama kita kerjasama.
hey rasa cinta,
bolehkah kau punya sedikit rasa sabar?
jangan terlalu gelojoh,
jangan terlalu laju menyelinap masuk dalam setiap sudutku,
aku bimbang,
aku akan bosan,
aku mahu lama merasai kau.
lama.
biar lambat asal abadi selamanya.

Thursday, February 10, 2011
Saturday, February 5, 2011
dingin.hangat
dingin malam,
yang dulu selalu hangat,
sudah hilang sejak semalam,
angin merayu untuk pergi,
tapi kau engkar memaksa ia terus tinggal,
membenar angin dan dingin bersatu,
membuat aku terus buntu,
tidak berlagu.
ia terus berlaku,
hampir beku,
tanpa kau sedar aku kesal,
hampa,
kau benarkan egomu menebal,
sedang aku hanya mampu mengikut setiap gerak hati, buah fikiran, sedap rasa,
agar kau rasa sentiasa lega,aman,
dan akhirnya memerangkap aku jua.
kau tahu aku benci dingin,
dan kau tahu hangat itu rumit,
tapi mengapa terus terusan kau ketepikan keindahan bahasa?
menghentikan keunikan alunan suara?
andai kau tenang dan tidak berfikir lebih,
kau akan faham,
apa yang aku rasa
.......

Wednesday, January 19, 2011
bagai???
bagai,
sebuah pengiraan matematik yang tidak pernah lengkap,
bila di campur bahagi tolak darab pun tiada jawapan.
bila diguna formula hebat dari seluruh dunia juga tiada jawapan.
bagai,
permainan catur yang akhir akan menjadi "seri",
walau ke kiri kanan atas bawah,
tidak akan menang, tetap "seri"
bagai,
sebuah lakaran serabut,
tapi punya satu makna sahaja
atau
bagai sebuah lakaran / garisan lurus,
yang punya beribu makna
bagai,
minyak yang dicampur air,
tidak sebati.
ia tidak mungkin pelbagai,
kerana hanya bagai.
jangan sesekali jadikan nya pelbagai,
rosak!

BEDA
bila kau punya rasa,
interpritasi sayang, rindu, cinta, sombong.
berbeda.
bila kau tidak punya rasa,
pun begitu,
interpritasi sayang, rindu, cinta, sombong
berbeda.
amat berbeda,
bila kau punya kunci rasa,
kau punya kuasa,
kuasa untuk memiliki dan kuasa untuk mempertahankan rasa,
sama mahu biar ia berbeda dengan baik atau tidak.
beda,
biarkan beda,
jika itu yang terbaik!

Monday, January 17, 2011
pemuja dalam gelap
kau tahu,
dia,
sudah lama memuja kau,
katanya kau manis,
bila bila kau datang,
kau pasti bagi magis.
buat dia tak senang duduk.
dia,
akan tenung kau lama lama,
dari jauh,dari dekat,
kerana itu bisa buat dia seram sejuk,
tenang,
damai.
kau nak tahu lagi?
dia,
sering buat kau tersenyum,
sedaya upaya,
kerana dia sudah lama memuja kau,
benar,
tapi kau yang tak sedar.
cuba kau tanya,
dia akan jawab,
tapi terkadang, dan kebanyakannya,
kau tidak percaya,
lalu ...hampa.
siapa aku?
dari dia aku dengar,..
pendengar.
diatas sebab dengar jugalah aku mula kenal.
tapi percayalah,
dia memuja kau,
tapi kau tak akan nampak,
lagi lagi dalam terang,
dan usah sesekali suluh,
kerana dia,
pemuja dalam gelap!!!

Monday, January 10, 2011
hati
hati ini,
sana sini sudah rosak,
sana sini sudah rabak,
sana sini sudah longgar
sudah tidak tertanggung rasanya...
nafas dihela tak pernah lancar
sekat -sekat
sakit
hati hati hati
bila mahu dibaiki???
kosnya tak mahal,
1 helai nota ringkas,
1 mesej titik noktah,
1 saat panggilan.
? ? ? ?
sana sini sudah rosak,
sana sini sudah rabak,
sana sini sudah longgar
sudah tidak tertanggung rasanya...
nafas dihela tak pernah lancar
sekat -sekat
sakit
hati hati hati
bila mahu dibaiki???
kosnya tak mahal,
1 helai nota ringkas,
1 mesej titik noktah,
1 saat panggilan.
? ? ? ?
Sunday, January 9, 2011
semalam.esok.kenangan.
jika semalam itu tidak ada
aku mungkin akan lebih bahagia
dan
jika esok itu tidak ada
aku mungkin akan lebih bahagia
dan
mungkin...
jika kenangan itu tidak ada
aku akan lebih lebih bahagia
mungkin ya?
mungkin tidak?
aku mungkin akan lebih bahagia
dan
jika esok itu tidak ada
aku mungkin akan lebih bahagia
dan
mungkin...
jika kenangan itu tidak ada
aku akan lebih lebih bahagia
mungkin ya?
mungkin tidak?
Saturday, January 8, 2011
kekasih ke sorga!
selayaknya manusia punya rasa berbagai
tapi bagiku
hanya punya rasa yang satu..
rindu..
rindu..
dan hanya rindu...
. . .
selayaknya manusia punya cita yang berbeda
tapi bagiku
hanya mahu disampingmu
disampingmu
ya, disampingmu
selayaknya manusia punya masa lama
tapi bagiku
masa
terlalu cemburu
terlalu singkat
tidak pernah cukup
dan selayaknya manusia
hidupnya ingin diakhiri dengan ke sorga
begitu aku
aku ingin ke sorga
bawalah aku kesana
bimbinglah
jangan pernah tinggalkan aku
dan bila bila
aku curang padamu
tarik aku kembali
aku benar benar perlukanmu
benar benar
bawalah aku ke sorga bersamamu

Wednesday, January 5, 2011
s.a.r.a.t
tarik nafas dalam dalam
hembuskannya kuat kuat
jerit
biar sampai didengari orang seberang sana
biar kaca kaca itu pecah
biar anjing anjing menyalak sama
biar bayi kecil menangis meraung
aku mahu jerit
aku akan terus jerit
air mata ini sudah berhari ditanggung
tidak turun turun
sarat...
pernah beberapa percubaan melepaskan
tapi tiap kali itu juga ia datang
menambah kembali rasa SARAT...
dan pernah juga aku kurangkan rasa kesah
dan tak ingin kesah kesah
tapi masih gagal
terasa cucuk cucuk duri tajam
darah memercik mercik keluar
*****
biarkan ia keluar, mengalir deras pun tak apa
biar ia abes
kerna
rasa sarat itu akan hilang
pasti!
hilang bersama sama jasad
*selamat tinggal dunia....

Subscribe to:
Posts (Atom)