kerna kau tidak begitu mengerti hatiku!

Thursday, December 30, 2010

.

hari ini,
cintaku.
sayangku.
rinduku.

lebih dalam dari semalam.

Tuesday, December 28, 2010

fikirkanlah...

setiap dekat yang dilalui,
ada ketika itu saja,
ape yang bole diingati?

setiap tahun yang dilalui,
ada ketika itu saja,
ape yang bole diingati?

setiap bulan yang dilalui,
ada ketika itu saja,
ape yang bole diingati?

setiap minggu yang dilalui,
ada ketika itu saja,
ape yang bole diingati?

setiap hari yang dilalui,
ada ketika itu saja,
ape yang bole diingati?

setiap jam yang dilalui,
ada ketika itu saja,
ape yang bole diingati?

setiap minit yang dilalui,
ada ketika itu saja,
ape yang bole diingati?

setiap saat yang dilalui,
ada ketika itu saja,
ape yang bole diingati?

kekadang tak perlu lakukan usaha yang banyak,
sikit.
sudah cukup untuk dingati,
sudah cukup untuk menyuntik semangat,
sudah cukup untuk membuat oarng tersenyum seorang
sudah cukup untuk buat ketawa girang,
sudah cukup untuk buat tercabar,
sudah cukup untuk buat sedih,
sudah cukup untuk buat marah,
sudah cukup untuk buat sakit hati,
sudah cukup untuk buat sayang,
sudah cukup untuk buat sayang,
sudah cukup untuk buat sayang,

tapi semua ini akn diingati,
sekurangkurang nya,
dari tidak ada apaapa.
masa terbiar begitu saja,
tanpa memori tercipta,
sedih bukan???

pernahkah kau rasa?

sang teruna,
pernahkah kau rasa,
rasarasa mu dipersia?


sang teruna,
pernahkah kau rasa,
hati mu ternoda?

sang teruna,
pernahkah kau rasa,
cinta mu tak sempurna?

sang teruna,
pernahkah kau rasa,
rindu mu tak terbalas?

sang teruna,
pernahkah kau rasa,
kau seorang saja yang bercinta?

sang teruna,
pernahkah kau rasa,
bahagia mu hanya untuk seketika?

sang teruna,
pernahkah kau rasa,
masih tidak kenal sebenarbenarnya?

sang teruna,
pernahkah kau rasa.....,

rasa strawberi??????

Wednesday, December 22, 2010

baju branded

aku baju branded,
aku jaga diriku,
harga aku,
kualiti aku,

biar nampak sepadan dengan diri aku,
baju branded.

aku baju branded,
walau aku sedar diri ini sebenarnya tidak punya apaapa istimewa,
tapi aku tetap ingin
nampak
dan
jadi
baju branded.

aku baju branded,
sudah banyak yang ingin membeli,
tapi aku tolak,
tak la keras,

sebab aku hanya ingin berjasa pada orang yang pandai jaga aku,
aku tidak mahu kelihatan lusuh dalam beberapa pakaian sahaja.

aku baju branded,
tibatiba seseorang datang,
aku boleh nampak keikhlasannya,
aku ingin disarungnya,
aku ingin merasa kasih sayang dari nya,

kali ini, aku tidak kisah akan branded yang ada,
aku ingin dia yang jaga aku,
aku sanggup dijual murah,
mahupun diberi percuma,
kerana aku nak dia,

tak pernah terlintas akan
hanya belas kasihan semata,
tapi memang aku nak rasa kasih sayang dari dia,

tapi jika tak diterima,
tak mengapa,
aku sudah terbiasa,

selalu la jenguk aku, walau kau tak jaga aku,
moga tuan badan aku nanti bole jaga aku elok2,
dan moga aku akan sarung kau jua disyurga kelak.

aku,
tak kisah aku di kelas yang mana,
aku,
bukan baju branded,
bukan apaapa,
biasabiasa saja.

Saturday, December 18, 2010

AGNES MONICA R A P U H




sebab ku sayang dia ,
sebab ku kasihi dia,
sebab ku tak rela,
tak selalu bersama,
ku rapuh tanpa dia seperti kehilangan arah...

Friday, December 17, 2010

permainan. hati.

aku tak seperti kamu,
punya cinta yang dalam, dan seluas semesta.

aku tak seperti kamu,
punya rasa yang yang cukup untuk dibangga.

aku tak seperti kamu,
tetap setia walau badai menimpa.

aku tak seperti kamu,
bumimu subur, dek hujan selalu menyiram,
bahkan aku hanya menikmati kemarau berpanjangan


ya,

memang aku cepat jatuh,
tapi,
aku cepat sedar.

memang aku tampak seperti tidak endah apa yang kau rasa.

memang aku tampak seperti tidak merasa hati berbunga.

memang aku tampak kasar untuk dimanjamanja


tidak pernah tunjukkan apa yang aku rasa,
tapi jangan mudah kau berperangsangka,
sebab hati aku ini walau tidak hanya ada engkau saja, ( =p )
tapi cukup untuk buat kita bahagia,
insyaallah selamanya.

sebenarnya,

tika engkau kata ada orang lain ingin kau jumpa,
aku mula cemburu buta,
hatiku celaru,
seperti sekumpulan gagak bising dikala senja.

tika engkau tidak memenuhi kotak mesej2 ku,
aku mula ragu,
mula curiga,
apakah engaku sedang enak membuai rasa,
entah dengan siapasiapa.

tika panggilanku tidak kau sapa,
aku tertanya-tanya,
mungkinkah kau sedang merayu domba?,
dengan yang lain2,
mungkin dengan yang kau kejarkejar.

dan jika seharian aku tak mendengar khabar,
cukup membuatkan hati berdebar,
entah baik entah tidak engkau disana,
mesejlah wwalau pun hanya titik nokhtah,
cukup lah untuk membuatkan hatiku reda.

mungkin engkau tidak begitu mengerti hati ini,
tapi tidak pernah aku sesali,
kerna aku sendiri tidak pernah memegang kunci,
kunci milik hati,
milik hati sendiri.

Thursday, December 16, 2010

n.a.m.a

aku suka nama aku,
"haziqah"

short yet sedap bunyinya (kalo dilafaz dengan kelas tersendiri)
makna yang baik "cerdik" (cerdik ker?)

susah nak jumpa nama ni, melainkan ..haziq.

"qah" dibelakang tu buat aku rasa gah!
tapi tak pernah pulak buat aku rasa "megah"

bila dipanggil "ziq"
buat aku naik,melambung ,rasa nak lompat2.
ziq!...pendek dan cute!

bila dipanggil "zika"
buat aku rasa macam artis.wah!
bak kata org2 keliling...

duludulu, aku paling pantang bila orang panggil nama aku selain "haziqah"
kerna bagiku, nama itu diberi ibubapa untuk dibawa.
dijunjung kemana2 maksud itu.

tapi tak lama kemudian,
aku redha, dan jadi tak ambil pusing semua ini,
panggil la apa pun,asal tak mencarut aku ok saja!

pernah,
orang keliling panggil aku,
tora: sebab aku suka mainan tora gila2 waktu kecik (family)
kakcik:anak keempat family
nippon:sebab senior cakap aku mcm jepun, tang mana tak tahu la.
dan...
honey: kamu saja bole panggil dengan panggilan ini,...=)

Monday, December 13, 2010

r.i.n.d.u.

mungkin rasa
tak sehebat dulu,
tak sedalam dulu,
tak segila dulu,

tapi aku
makin mahu,
makin ingin tahu,
makin rindu,
makin makin rindu.

Saturday, December 11, 2010

barangkali

jika suatu hari,
kau jumpa aku dalam percubaan membunuh diri di sungai,
selamatkan aku,
barangkali aku terlalu bahagia hidup didarat,
dan ingin cuba hidup di air.

jika suatu hari,
kau jumpa aku dalam percubaan terjun bangunan,
selamatkan aku,
barangkali aku terlalu ingin melawan ketakutan,
ketakutan pada ketinggian.

jika suatu hari,
kau jumpa aku berjalan dengan selamba ditengah jalan,
selamatkan aku,
barangkali aku terlalu bosan berjalan ditepi jalan,
dan ingin mencari kelainan.

jika suatu hari,
kau lihat aku mengedung anak kecil,
memegang tangan dengan lelaki kehulu hilir,
selamatkan aku,
barangkali ketika itu aku tenat bercinta,
tanpa memikirkan orang lain,
dan hanya mereka.

sukasuki.

tatkala ini,
aku sendiri,
lebih enak sendiri,
seperti harihari terdahulu,
hari jiwa aku masih suci.

tatkala ini,
aku teringatkan mu,
pandangan kabur dek imaginasi tentangmu,
telingaku terpanggil-panggil suaramu,
hatiku dibuaibuai rasamu.

tatkala ini,
matahari terbit tidak lagi kusedar,
malam tiba tidak lagi kutunggu,
kerna ia sama saja,
sama

andai waktu ini,
aku bole pejam mata rapatrapat,
berdengkur seperti merekamereka,
bermimpi indah,
meleyapkan semua andaian diminda,
menjauhkan diri daripada papan kekunci ini,
dan tidur selenalenanya,

dan sesedar dari tidurku,
semangatku berbeza,
......

aku tak tahu apa yang akan aku rasa

Thursday, December 9, 2010

a.k.u.s.a.y.a.i.m.e

orang kata aku terlebih berani.
orang kata aku tak ada perasaan.
orang kata aku pendengar yang baik.
orang kata aku bermulut manis.

tapi siapa sebenarnya aku.
aku? si...
-tak suka menunggu ,lmbat tinggal
-cepat menggelabah(tapi pandai control lg)
-cepat angin kalo tak dpt yg aku nak
-sukar suka orang dan sukar melupakan
-amat memahami,tolerate
-gilerrrr cermin(sumber confident)
-tak gemar msg panjang2 or bermsg an
-tak gemar menelepon lama2 (kalo lama sikit tu kira bonus la)
-suka bau buku lama
-suka gelang tangan kayu lagi2 kayu koka sebab bau dia masyukkk
-jangan kasi aku dengar gigi di bertembung gigi*ngilu gigi
-sudu bertembung garpu*ngilu gigi
-tak suka tgk cite fantasi...romantik dan ada perasaan,kelakar/romantik je bole tgk
-suka dengar lagu banyak2 kali
-dalam hp 95% lagu slow
-sukar untuk melafaskan perkatan *sayang* belit lidah...
-malas nak kuar rumah,walaupun untuk beli makanan,bila gastrik baru la gagahkan
-tak suka membaca, beli majalah n paper hanya untuk tgk gambar je
-sukar untuk tegur orang yg dikenali
-suka color putih.hitam.putih.putih.merah..biru metalik.pink
-tak suka coklat lebih gemar vanilla
-tak suka kek, kecuali gula hangus
-tak suka aiskem kecuali tgh gundah
-sangat2 bimbang akan berat badan
-giler sup,laksa dan benda berkuah
-akan tiup makanan walaupun sejuk
-tak suka tgk cd,kalo tgk mesti forward2
-bole tgk citer bepuluh2 kali kalo da best
-pernah bercita2 nak buat buku motivasi sendiri
-bole membaca body language dengan baik
-penyabar orangnya
-orang yang betul2 kenal aku je tahu bila aku mooody
-sangat suka menyanyi
-sangat cepat down
-sangat bimbang kalo tak cukup tido
-air paling best kat dunia = air masak
-hanya minum nescafe,bila nak exam
-suka senyum
-aku suka lepak berdua je dgn orang yang aku sayang,
-kalo tgh marah mulut agak laser
-berani meluahkan rasa
-cepat tersentuh
-cepat menangis kalo tgk orang menangis
-cepat kesian kat peminta sedekah ..lagi2 buta
-kedekut untuk brg2 tertentu tp tak untuk belanja org
-suka gler kat nasha aziz n lisa surihani
-tak suka buah strawberi,tapi suka air strawberi
-tak suka durian,tempoyak tapi suka gulai tempoyak
-suka baca bacaan ringkas dan berisi
-cepat cair dengan orang yang mempunyai ideologi sendiri,matang n berkarisma
-aku suka mendengar!
-aku tak pernah yakin dengan diri sendiri
-suka beryoutube, tapi sekarang da agak jarang
-suka no. 2 n 8
-tak suka camping
-pernah tefikir untuk bukak galeri gambar alam
-suka berjalan sorang2,tgk2 orang
-mudah gatal bibir hehe
-sangat sukar ubah gaya...tudung,beg silang
-pemabuk kereta..dulu teru giler (dr kl ke kelate hampir 20x muntah)
-suka doremon dan ada beberapa koleksi
-pernah ada nick name...tora,nipon
-tak suka jogging,berjalan ok
-cepat penat
-tak suka hujan=demam, panas=sakit kepala
-kalo duk rumah,susah nak mandi
-tak suka sejuk
-tak suka bising2,marah2
-kalo marah org,cepat lembut
-sangat memntingkan keluarga
-tak sabar nak mengandung. mengandung=sexy!
-mambaca dari belakang ke depan
-masalah = bahan jenaka yang bole buat orang ketawa sampai menangis
-pakai saiz kasut 4/5
-paling rendah dalam family
-suka mikropon
-sekarang da ade 4 lagu+lirik yang dicipta
-pernah tumbuk lelaki
-dulu tom boy
-tak pernah puas hati dengan cara jalan diri sendiri
-mudah percayakan orang
-bila orang ada masalah aku turut serabut
-tak suka sayur kfc
-suka gler beef burger mcd,sbb timun jeruk dia
-sangat sensitif
-tak suka orang pegang bahu,sakit
-tak ade deria rasa geli= kecuali tapak kaki hihi
-kucing=jahat
-hanya akan benda masam bila stress
-sangat mudah terjaga,lagi2 kalo orang sebut nama
-tak tetap pendirian/keputusan mudah berubah
-kalo bagi satu plastik kopok lekor, pasti licin
-suka jambu n epal
-cepat bosan!
-tak pandai dan tak suka berkawan ramai2 orang,sebab dulu asyik2 pindah je so aku jadi tak pandai berkawan
-suka kacau orang
-tak pandai nak bermanja2 walaupun aku seorang yang manja
-takut untuk drive
-suka makanan dibakar:satay,satay,kerang
-tak suka bergantung dengan orang
tak suka untuk terhutang budi dengan orang
-tak suka menerima lebih gemar memberi
-tak suka buat benda remeh
-aku giler!
-suka berfikir
-tak bole fokus lama2
-ada bakat melukis
-pernah 3x menagis teresak2 dengar lagu ku mohon sheila majid
-aku yang bising antara yang senyap, dan yang senyap antara yang bising

Tuesday, December 7, 2010

rasa strawberry

telah ku makan strawberry itu sampai abes,
agar ia tidak lagi ada didepan ku,
tidak lagi disisi ku.

masam,kekadang manis,
rasa pelik,
aku tidak gemar,
tidak dapat terima.

telah ku makan strawberry itu cepat2,
agar ia hilang jauh dari pandangan ku,
selamat dalam perut ku.

tapi aku lupa,
kesan nya lebih mendalam,
lebih lama untuk dilupakan,
walaupun telah ditelan vanilla banyak2,
rasa strawberry tak hilang,
sukar nak hilang.

Monday, December 6, 2010

bagai???

bagai,
sebuah pengiraan matematik yang tidak pernah lengkap,
bila di campur bahagi tolak darab pun tiada jawapan.
bila diguna formula hebat dari seluruh dunia juga tiada jawapan.

bagai,
permainan catur yang akhir akan menjadi "seri",
walau ke kiri kanan atas bawah,
tidak akan menang, tetap "seri"

bagai,
sebuah lakaran serabut,
tapi punya satu makna sahaja
atau
bagai sebuah lakaran / garisan lurus,
yang punya beribu makna

bagai,
minyak yang dicampur air,
tidak sebati.

ia tidak mungkin pelbagai,
kerana hanya bagai.
jangan sesekali jadikan nya pelbagai,
rosak!

Dirly - Sampai Ke Ujung Dunia

Hanya Ingin Kau Tahu

Sunday, December 5, 2010

acuan umi.abah

acuan untuk membuat kek,kuih haruslah betul baru la jadi sedap.
kalo salah acuan, rasanya mesti kurang

tapi kekadang apabila acuan da betul pun, mungkin pada ketika membuat kek itu(katakan kek gula hangus:sebab kek ni je saya bole makan dengan kuantiti yang banyak sikit)perasaan ghairah,ikhlas tidak sepenuhnya kesitu, jadi rasanya tetap sama tetap tidak sedap.

tapi kekadang apabila acuan salah , tapi bila perasaan gigih dan ghairah nak buat kek itu tinggi, ia tetap akan menjadi sedap, bole la ditelan jugak.

dan kekadang apabila acuan terlalu teliti,pun bole menyebabkan kek itu tidak sedap dan mungkin kekadang sedap.

begitu juga hidup,
ibu bapa, adalah pengadun acuan kek gula hangus tadi.
merekalah penentu sama ada kek yang dibuat kek gula hangus sedap, ataupun kek gula terlebih hangus.

jika anak diadun dengan betul dan cukup rasa kasih sayang,insyaallah anak2 akan baik2
dan jika anak diadun dengan adunan salah , sedikit sebanyak akan menyebabkan anak2 yang sebaliknya.

tapi walau apa pun,
akhirnya ia masih terletak pada nasib kek2 itu tadi, jika ia diterima baik oleh orang ramai,walau pun tak cukup bahan, dan kurang sedap baiklah nasibnya.
dan jika sebaliknya,itu lah yang menjadi masalah.

aku bersyukur kerana mempunyai pengadun yang baik,
bukan setakat cukup bahan,
malah cukup rasa ikhlas dan kasih sayang,
kek gula hangus aku masih sedap, dan bertambah tambah sedap,
aku tidak pernah puas untuk dapatkan kek gula hangus itu,
semoga bekalan kek gula hangus aku tidak akan kurang,
dan terus terusan banyak.
aku masih memerlukan nya..sehingga nafas terakhirku.

terima kasih kepada pengadunku,
berkat doa kalian,
aku masih utuh menghirup udara segar dengan aman,
aku masih bole menenangkan fikiran,tersenyum walaupun sedang berkecamuk,
aku masih mampu punyai apa yang aku idamkan,

kasih sayang, pengorbanan, segalanya,
tidak akan pernah habis untuk di balas,
sayang kalian tak pernah padam!

Saturday, December 4, 2010

aku ingin melancong!!!

sekarang,
hati ini memanah2 untuk tinggalkan bangunan tinggi itu,
bahu ini memuncak2 untuk membawa beg galas besar,
kaki ini berkobar2 untuk bergerak kesana sini,
mata ini meliar2 untuk menatap keindahan alam,

aku benar2 inginkan satu perjalanan,
aku benar2 inginkan satu percutian panjang,
aku benar2 inginkan satu kepuasan,
benar2!

lambat lagi ke?

selamat tinggal JPA,
jika kau nak penjarakan aku 4 tahun, silakan.
jika kau nak saman aku RM120000.00 silakan.

asal hati ini puas!
itu pasti mendamaikan.

dunia ini indah!

dunia ini indah, benar2 indah
jika kita tidak menjumpai keindahan itu,
carilah sesuatu untuk mengindahkannya
ada, pasti ada yang mengindahkan,

jika benar2 tidak menjumpai keindahan itu,
carilah pula makna keindahan dari sudut yang berbeza,
agar hidup bertambah indah.
ada, pasti ada yang mengindahkan.

bila keindahan hidup di kecapi,
pasti indah,
hidup pasti indah.

hidup ini terlalu singkat untuk menikmati perkara indah,
teruskan mencari, agar hidup lebih lebih lebih indah!

e.g:
jika budu itu indah,
walau tidak semua suka,
tapi ia tetap indah dimata yang lain,
tetap menjadi indah,
cukuplah.