kerna kau tidak begitu mengerti hatiku!

Monday, January 17, 2011

pemuja dalam gelap

kau tahu,
dia,
sudah lama memuja kau,
katanya kau manis,
bila bila kau datang,
kau pasti bagi magis.
buat dia tak senang duduk.

dia,
akan tenung kau lama lama,
dari jauh,dari dekat,
kerana itu bisa buat dia seram sejuk,
tenang,
damai.


kau nak tahu lagi?
dia,
sering buat kau tersenyum,
sedaya upaya,
kerana dia sudah lama memuja kau,
benar,
tapi kau yang tak sedar.
cuba kau tanya,
dia akan jawab,
tapi terkadang, dan kebanyakannya,
kau tidak percaya,
lalu ...hampa.

siapa aku?
dari dia aku dengar,..
pendengar.
diatas sebab dengar jugalah aku mula kenal.

tapi percayalah,
dia memuja kau,
tapi kau tak akan nampak,
lagi lagi dalam terang,
dan usah sesekali suluh,
kerana dia,
pemuja dalam gelap!!!

No comments:

Post a Comment