kerna kau tidak begitu mengerti hatiku!

Saturday, February 19, 2011

rasa cinta

kau harus tahu,
ada suatu rasa yang tegar,
yang tak pernah kalah,
yang selalu menyerobong segenap sudut manusia,
tak kan pernah sikit,
dan selalu lebih,
jika dikawal,
ia tetap sama,
tak pernah kalah,
selalu saja ingin menang,
selalu saja ingin menguasai,
tidak ada, walau sekelumit rasa sabar,
kejam sungguh!!!

hey rasa cinta,
bolehkan kau bertolak ansur?
berikan aku ruang untuk menarik nafas,
kerana sejak hari itu,
kencangnya bukan kepalang,
aku mahu lama merasai kau,
biar nafas ku panjang,
sama-sama kita kerjasama.

hey rasa cinta,
bolehkah kau punya sedikit rasa sabar?
jangan terlalu gelojoh,
jangan terlalu laju menyelinap masuk dalam setiap sudutku,
aku bimbang,
aku akan bosan,
aku mahu lama merasai kau.
lama.
biar lambat asal abadi selamanya.

No comments:

Post a Comment