kerna kau tidak begitu mengerti hatiku!

Tuesday, July 19, 2011

kekasihku bukan orang seni

kekasihku,
bukan orang seni, tidak pandai bermadah, menyusun kata, tidak romantik,tapi manja, dan selalu cuba mencipta masa bahagia.

dulu,
waktu sekolah, aku selalu mengimpikan seseorang yang gila sweet, pandai berpuisi macam rangga, ingin sekali aku habiskan masa hanya mendengar dia berpuisi manja.

ketika itu,
aku juga dapat rasakan yang aku ni bakal jadi gila sweet macam rangga dan akan menjaga kekasihku lebih dari sayang pada nyawa sendiri.

pernah,
beberapa makhluk aku jumpa, punya jiwa seni, mereka tak perlu banyak usaha, sedikit yang keluar dari mulut, sedikit gerak geri, memadai mencairkan hati hati ketagih spesis seperti nya.

pernah juga,
aku berkesempatan ke pasar mereka berpuisi, berseni, terima kasih kepada yang sudi membawa, memang indah, jumpa manusia yang berjiwa seni, melihat mereka melemparkan kata, meluahkan rasa, menyebarkan seribu satu rasa.

tapi,
itu dulu,

sekarang,
aku sudah tidak peduli, berseni atau tidak, berpuisi atau tidak,
kerana aku sendiri baru sedar bahawa aku ini tidak pandai bermanja2, lagikan menjadi romantik dan mencipta masa-masa indah,
cukuplah punya seseorang yang berhati lembut, cuba penuhkan apa yang ku mahu selagi daya, sudi menjaga hati ini, dan sudi menghabiskan sisa hidup bersama.

cukuplah....

1 comment: