kerna kau tidak begitu mengerti hatiku!

Wednesday, January 19, 2011

bagai???

bagai,
sebuah pengiraan matematik yang tidak pernah lengkap,
bila di campur bahagi tolak darab pun tiada jawapan.
bila diguna formula hebat dari seluruh dunia juga tiada jawapan.

bagai,
permainan catur yang akhir akan menjadi "seri",
walau ke kiri kanan atas bawah,
tidak akan menang, tetap "seri"

bagai,
sebuah lakaran serabut,
tapi punya satu makna sahaja
atau
bagai sebuah lakaran / garisan lurus,
yang punya beribu makna

bagai,
minyak yang dicampur air,
tidak sebati.

ia tidak mungkin pelbagai,
kerana hanya bagai.
jangan sesekali jadikan nya pelbagai,
rosak!

No comments:

Post a Comment