banyak benda nak dibuat,
tapi kepala merengek kuat.
banyak benda nak diucap,
tapi masa berlalu cepat.
benyak benda nak didengar,
tapi telinga tuli tak bertempat.
banyak benda nak dilihat,
tapi diri tak cukup kuat.
bila, setiap yang nak diharung, diiringi dengan alasan.
semua benda tidak kemana. banyak mahupun sikit.
tapi, bila setiap yang nak diharung, diiringi dengan motivasi dan keinginan yang tinggi,
pasti usaha itu akan mendatangkan hasil.
lambat laun pasti akan ada hasil.
sebab fizikal manusia akan mengikut daya pemikiran yang ada untuk terus bergerak kearah yang nak dituju.
manusia tidak boleh hidup tanpa berfikir,
dalam setiap genap aktiviti,kerja yang dilakukan harus guna otak untuk berfikir,
dan pemikiran inilah yang akan mendorong manusia,
untuk menentu arah hidup,
berjaya atau tidak.
didikan pemikiran amat penting,
jika terus terusan berfikir tentang masalah,
ya masalah akan datang.
dan jika terus terusan befikir untuk berjaya,
biar masalah datang,
pemikiran akan dituju,
untuk terus berjaya,
ubah pemikiran.
aku ingin berjaya.
gandakan usaha untuk capai kejayaan!
pasti akan berjaya!
No comments:
Post a Comment