Abahku tak boleh duduk diam,
Tak seperti mereka mereka yang muda,
Jika ada masa,
Hanya menjahit mata.
Dia lain,
Ke hulu ke hilir mencari kerja,
Mencari apa yang tak sudah,
Ke depan ke belakang,
Tak cukup kereta di lap nya,
Lantai cafe licin bersih di cuci.
Di rumah pun begitu.
Katanya sakit dada,
Diurut dua tiga kali,
Bekerja berjam jam tak henti.
Semangat orang tua,
Lain macam,
Susah nak cari.
Itu lah dia,
Abah,
Semoga Allah terus terusan merahmatinya.
kerna kau tidak begitu mengerti hatiku!
Thursday, January 26, 2012
Tuesday, January 24, 2012
Daun Kering
Aku ingin beri hadiah buat sang kekasih,
Kepala bingung,
Tiada sesuatu yang indah untuk dikirimkan.
Ku buka jendela,
Cari ilham,
Angin kuat,
Daun kering masuk bersama angin,
Ada dua,
Satu aku jumpa lalu aku sorok dalam bakul sarat sampah,
Satu lagi entah kemana,
Sejurus tangan aku cepat capai jendela,
Dan ku tutup semula.
Nyaman,
Tiada angin kuat,
Tiada sampah daun kering masuk.
Esoknya,
Aku buka lagi jendela,
Keadaan sama,
Angin kuat dan ada daun kering,
Tapi kali ini cuma satu,
Aku kutip dan sorok dalam bakul sama.
Petang itu,
Aku keluar berjalan,
Disuatu kedai kecil,
Ada jual pelbagai hiasan dari daun kering,
Indah,
Mata ku tertarik,
Ia begitu menarik.
Ramai yang beli buat hiasan.
Tiba rumah,
Aku cari daun kering yang disorok tadi,
Bakul sampah kosong,
Isinya sudah dibuang oleh Mama barangkali.
Aku ke padang mencari daun kering,
Tiada ku temui,
Walau sehelai,
Hairan.
Aku ke bilik semula,
Buka jendela,
Tiada angin kuat,
Tiada daun kering,
Aku hampa,
Kesal!
Sedang aku merintih,
Tiba-tiba ada sehelai daun kering terbang,
Aku genggam,
Erat-erat,
Kali ini tak akan aku lepaskan.
Takkan pernah aku lepaskan.
Saturday, January 21, 2012
terukir di bintang
http://www.youtube.com/watch?v=SjHTJywVmAI
mimpiku terganggu dek lagu ni,
tapi memang berbaloi,
kau buat aku jatuh cinta lagi.
mimpiku terganggu dek lagu ni,
tapi memang berbaloi,
kau buat aku jatuh cinta lagi.
Puisi "bodoh"
bodoh!
aku tak gemar mencarut mahupun berkata kasar,
tapi dengar kau,
kalau setakat bodoh! tu,
memang tak cukup,
tak memadai.
bodoh!
aku bodoh! atau kau,
mungkin juga aku,
kau memperbodoh!kan aku dengan itu ini,
lalu aku pun menjadi bodoh!,
tak ke bodoh!,
senangsenang aku yang atas kertas tertulis lagi hebat dari kau,
diperbodoh!kan oleh kau macam kacang butir,
semua sudut kau cuba perbodoh!kan aku,
dan ia berjaya.
memang bodoh! la kan.
akhir kata,
bodoh!
kau aku,
bodoh!
aku tak gemar mencarut mahupun berkata kasar,
tapi dengar kau,
kalau setakat bodoh! tu,
memang tak cukup,
tak memadai.
bodoh!
aku bodoh! atau kau,
mungkin juga aku,
kau memperbodoh!kan aku dengan itu ini,
lalu aku pun menjadi bodoh!,
tak ke bodoh!,
senangsenang aku yang atas kertas tertulis lagi hebat dari kau,
diperbodoh!kan oleh kau macam kacang butir,
semua sudut kau cuba perbodoh!kan aku,
dan ia berjaya.
memang bodoh! la kan.
akhir kata,
bodoh!
kau aku,
bodoh!
Jika Mahu
Jika benar mahu berkawan,
Tidak perlu tunjukkan pangkat atau pendidikan tinggi yang kau ada.
Cukuplah sekadar mampu buat diriku tersenyum dan rasa tenang.
:)
Tidak perlu tunjukkan pangkat atau pendidikan tinggi yang kau ada.
Cukuplah sekadar mampu buat diriku tersenyum dan rasa tenang.
:)
Subscribe to:
Posts (Atom)