kerna kau tidak begitu mengerti hatiku!

Monday, July 25, 2011

kerja!!!

hari ini hari pertama aku bekerja!!!
walaupun waktu bekerja 4.00ptg sampai 1.00pagi,
aku suka!
walaupun aku kene fikir cara untuk pulang ke rumah,
aku suka!

sebab,
line manager yang cantik, baik, kelakar dan muda!
:)
hari pertama kerja dah buat aku senyum sampai rumah.
good start!!!
harap-harap ini berkekalan!

Tuesday, July 19, 2011

kekasihku bukan orang seni

kekasihku,
bukan orang seni, tidak pandai bermadah, menyusun kata, tidak romantik,tapi manja, dan selalu cuba mencipta masa bahagia.

dulu,
waktu sekolah, aku selalu mengimpikan seseorang yang gila sweet, pandai berpuisi macam rangga, ingin sekali aku habiskan masa hanya mendengar dia berpuisi manja.

ketika itu,
aku juga dapat rasakan yang aku ni bakal jadi gila sweet macam rangga dan akan menjaga kekasihku lebih dari sayang pada nyawa sendiri.

pernah,
beberapa makhluk aku jumpa, punya jiwa seni, mereka tak perlu banyak usaha, sedikit yang keluar dari mulut, sedikit gerak geri, memadai mencairkan hati hati ketagih spesis seperti nya.

pernah juga,
aku berkesempatan ke pasar mereka berpuisi, berseni, terima kasih kepada yang sudi membawa, memang indah, jumpa manusia yang berjiwa seni, melihat mereka melemparkan kata, meluahkan rasa, menyebarkan seribu satu rasa.

tapi,
itu dulu,

sekarang,
aku sudah tidak peduli, berseni atau tidak, berpuisi atau tidak,
kerana aku sendiri baru sedar bahawa aku ini tidak pandai bermanja2, lagikan menjadi romantik dan mencipta masa-masa indah,
cukuplah punya seseorang yang berhati lembut, cuba penuhkan apa yang ku mahu selagi daya, sudi menjaga hati ini, dan sudi menghabiskan sisa hidup bersama.

cukuplah....

Sunday, July 17, 2011

[HAZIQAH]

aku akan kuasai tempat itu,
aku akan kuasai hati mereka,
aku akan buat sesuatu.

BOLEH!

masalah itu semut,
bagi sekeping hati yang kebal macam gajah.

....................

boleh itu boleh,
selagi tak ada "tidak",
semua benda akan jadi boleh,
manusia itu tetap manusia,
tiada yang beza.

........................

jangan terlalu kerap menabur janji pada diri,
lambat laun jika banyak yang tidak dipenuhi,
mereka akan curang juga.

RAPUH - OPICK



Opick - Rapuh
detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

AIR JERNIH

kebelakangan ni,
hampir setiap hari aku menangis,
tahu???
hampir semua benda boleh buat aku menangis,
walaupun tengok bola,
tahu???

walau kau nampak aku tegar,
walau kau nampak aku kuat,
hakikatnya,
aku cengeng!
aku rapuh,
mudah terguris,
tahu???

hampir tiga minggu,
hari-hari pasti ada saja yang buat air jernih ini mengalir,
tahu???
mungkin tangki ini sudah berat dengan takungan air,
sudah tidak mampu menampung lama-lama.

bukan aku ingin menyalahkan sesiapa,
tapi hati ini,
kerap kali tersentuh,
hati ini kerap kali mempersoalkan sesuatu,
dan
hati ini kerap kali jugalah menjawab sesuatu,
lalu tak semena-mena air jernih mengalir,
bukan salah sesiapa,
benar!!!

ini lahir dari hati,
terjadi sendiri,
tiada siapa yang paksa.
kisah sedih hati,
yang hanya mampu,
mengalirkan air jernih!

Sunday, July 10, 2011

::DENGAR SAHAJA::

Benarkan mereka berkata,
dengar,
dengar,
bila satu suara dilaung,
tanpa disambut,
mesej takkan sampai,
dengar,
dengar,
kemudian baru fikir boleh terima atau tidak,
benarkan mereka berkata,
mungkin ada sesuatu,
benarkan,
dengar,
dengar,
dengar!