kerna kau tidak begitu mengerti hatiku!

Saturday, March 15, 2014

l e p a s

tiba masa,
akan ku lepas,
satu satu rasa yang aku ada,

akan ku lepas,
walau sekuat mana kau pegang,
nama kau,
akan ku padam,
ikatan itu akan ku lepas.

aku akan lari,
untuk suatu yang lebih utuh,
lebih makna.

maafkan aku,
aku sudah cuba,
walau untuk lupa,
perlu waktu,
aku akan cuba.

maafkan aku.

Saturday, February 22, 2014

kuat kan aku

aku tak sekuat dulu,
lama kau manjakan aku,
kau buat aku lemah
dek semua itu.

dulu kemana saja,
aku tenang seorang,
aku cekal ke depan.

kau buat aku lemah,
setiap apa yang aku mahu,
kau berikan mudah.

aku tak sekuat dulu,
bila lama aku terbiasa,
aku semakin lemah,

semakin bergantung,
ini benarbenar sakit bagiku,
bila mahu bangun seorang,
bila mahu perang sendiri,

aku lagi lemah,
kerana spesis ku,
tak biasa seorang,
tak biasa sendiri
aku cepat bosan

ya aku manja

kau tahu?

kau tahu,
aku dah pandang kau lama,
sebelum kau kenal aku,
sebelum waktu itu.

aku suka,
ada satu sisi yang tenang,
yang buat senang

kau tahu,
aku hafal setiap apa yang akan kau lakukan
apa yang kau bakal buat
apa yang kau bakal cakap
aku terbiasa,
mengenal dan menghafal benda remeh itu

kenal kau
suatu luar biasa,
yang aku sendiri tak sangka
aku bakal rasa

aku rasa selamat
aku rasa tenang
aku rasa semangat

kau tahu,
kau buat aku ketagih
kau tahu?

Friday, June 29, 2012

betapa

sakit yang aku rasa,
biar aku saja yang tahu,

rasa yag aku rasa,
biar aku saja yang tahu,

lama lama,
bila bila,
aku akan bagi tahu,

mungkin sebelum aku mati,
mungkin sebelum aku pergi,
semua cerita,
semua rahsia,
akan,
kau sedar.

betapa dalam,
betapa sakit.

betapa cinta.

Monday, June 11, 2012

kasih . sayang . percaya

mereka beri kasih, percaya,

mereka beri ikhlas,
penuh sayang,

namun,
itu semua,
dihiris sikit-sikit dengan nafsu,
kau lupa semua itu setelah kau dapat apa kau mahu,
kau hanya menurut hati kecil yang membohongi diri kau sendiri.

mereka beri sayang, percaya,

mereka beri ikhlas,
ya ikhlas,
terlalu percaya serta sayang,

dan balasan nya,
ya,
mereka nampak kau yang suci,
yang murni,
kau tunjuk sisi yang baik,

kerna kau juga kasih,
kau juga sayang,

tapi yang jelik,
kau sorok jauh,
seperti pelakon hebat di pentas di dunia,
bijak bukan,

mereka beri kasih sayang,
kasih sayang!
percaya!

patut kah mereka percaya kan kau???
patut kah?
jawab?
ikhlas?

Saturday, May 5, 2012

dalam . diam

dalam diam,
aku jumpa.

dalam diam,
aku sapa.

dalam diam,
aku senyum,

dalam diam,
aku suka,

dalam diam,
aku rapat,

dalam diam,
aku cinta.

dalam diam,
dalam diam.

dalam diam,
aku terima

Tuesday, May 1, 2012

hal

aku buat hal lagi,
seperti biasa,
rasa-rasa itu tiba-tiba hilang,
aku memang tidak pandai berlakon,
tidak pandai berdalih,
jujur.
dan jujur.
yang parahnya dia,
yang sakitnya dia,
dan aku?
tidak rasa apa-apa.

maafkan,
minta maaf,
aku memang begini,
punya masalah setia yang tidak panjang,
tapi kembali pulih,
telah ku cuba ubati,
tapi gagal,

nasihat ku kepadamu,
gambarkan yang indah,
pendamkan semua gundah,
semuanya akan nyaman,
semuanya akan selamat.

selamat malam