acuan untuk membuat kek,kuih haruslah betul baru la jadi sedap.
kalo salah acuan, rasanya mesti kurang
tapi kekadang apabila acuan da betul pun, mungkin pada ketika membuat kek itu(katakan kek gula hangus:sebab kek ni je saya bole makan dengan kuantiti yang banyak sikit)perasaan ghairah,ikhlas tidak sepenuhnya kesitu, jadi rasanya tetap sama tetap tidak sedap.
tapi kekadang apabila acuan salah , tapi bila perasaan gigih dan ghairah nak buat kek itu tinggi, ia tetap akan menjadi sedap, bole la ditelan jugak.
dan kekadang apabila acuan terlalu teliti,pun bole menyebabkan kek itu tidak sedap dan mungkin kekadang sedap.
begitu juga hidup,
ibu bapa, adalah pengadun acuan kek gula hangus tadi.
merekalah penentu sama ada kek yang dibuat kek gula hangus sedap, ataupun kek gula terlebih hangus.
jika anak diadun dengan betul dan cukup rasa kasih sayang,insyaallah anak2 akan baik2
dan jika anak diadun dengan adunan salah , sedikit sebanyak akan menyebabkan anak2 yang sebaliknya.
tapi walau apa pun,
akhirnya ia masih terletak pada nasib kek2 itu tadi, jika ia diterima baik oleh orang ramai,walau pun tak cukup bahan, dan kurang sedap baiklah nasibnya.
dan jika sebaliknya,itu lah yang menjadi masalah.
aku bersyukur kerana mempunyai pengadun yang baik,
bukan setakat cukup bahan,
malah cukup rasa ikhlas dan kasih sayang,
kek gula hangus aku masih sedap, dan bertambah tambah sedap,
aku tidak pernah puas untuk dapatkan kek gula hangus itu,
semoga bekalan kek gula hangus aku tidak akan kurang,
dan terus terusan banyak.
aku masih memerlukan nya..sehingga nafas terakhirku.
terima kasih kepada pengadunku,
berkat doa kalian,
aku masih utuh menghirup udara segar dengan aman,
aku masih bole menenangkan fikiran,tersenyum walaupun sedang berkecamuk,
aku masih mampu punyai apa yang aku idamkan,
kasih sayang, pengorbanan, segalanya,
tidak akan pernah habis untuk di balas,
sayang kalian tak pernah padam!
No comments:
Post a Comment