aku baju branded,
aku jaga diriku,
harga aku,
kualiti aku,
biar nampak sepadan dengan diri aku,
baju branded.
aku baju branded,
walau aku sedar diri ini sebenarnya tidak punya apaapa istimewa,
tapi aku tetap ingin
nampak
dan
jadi
baju branded.
aku baju branded,
sudah banyak yang ingin membeli,
tapi aku tolak,
tak la keras,
sebab aku hanya ingin berjasa pada orang yang pandai jaga aku,
aku tidak mahu kelihatan lusuh dalam beberapa pakaian sahaja.
aku baju branded,
tibatiba seseorang datang,
aku boleh nampak keikhlasannya,
aku ingin disarungnya,
aku ingin merasa kasih sayang dari nya,
kali ini, aku tidak kisah akan branded yang ada,
aku ingin dia yang jaga aku,
aku sanggup dijual murah,
mahupun diberi percuma,
kerana aku nak dia,
tak pernah terlintas akan
hanya belas kasihan semata,
tapi memang aku nak rasa kasih sayang dari dia,
tapi jika tak diterima,
tak mengapa,
aku sudah terbiasa,
selalu la jenguk aku, walau kau tak jaga aku,
moga tuan badan aku nanti bole jaga aku elok2,
dan moga aku akan sarung kau jua disyurga kelak.
aku,
tak kisah aku di kelas yang mana,
aku,
bukan baju branded,
bukan apaapa,
biasabiasa saja.
No comments:
Post a Comment