kerna kau tidak begitu mengerti hatiku!

Tuesday, January 24, 2012

Daun Kering

Aku ingin beri hadiah buat sang kekasih,
Kepala bingung,
Tiada sesuatu yang indah untuk dikirimkan.

Ku buka jendela,
Cari ilham,
Angin kuat,
Daun kering masuk bersama angin,
Ada dua,
Satu aku jumpa lalu aku sorok dalam bakul sarat sampah,
Satu lagi entah kemana,
Sejurus tangan aku cepat capai jendela,
Dan ku tutup semula.

Nyaman,
Tiada angin kuat,
Tiada sampah daun kering masuk.

Esoknya,
Aku buka lagi jendela,
Keadaan sama,
Angin kuat dan ada daun kering,
Tapi kali ini cuma satu,
Aku kutip dan sorok dalam bakul sama.

Petang itu,
Aku keluar berjalan,
Disuatu kedai kecil,
Ada jual pelbagai hiasan dari daun kering,
Indah,
Mata ku tertarik,
Ia begitu menarik.
Ramai yang beli buat hiasan.

Tiba rumah,
Aku cari daun kering yang disorok tadi,
Bakul sampah kosong,
Isinya sudah dibuang oleh Mama barangkali.

Aku ke padang mencari daun kering,
Tiada ku temui,
Walau sehelai,
Hairan.

Aku ke bilik semula,
Buka jendela,
Tiada angin kuat,
Tiada daun kering,
Aku hampa,
Kesal!

Sedang aku merintih,
Tiba-tiba ada sehelai daun kering terbang,
Aku genggam,
Erat-erat,
Kali ini tak akan aku lepaskan.
Takkan pernah aku lepaskan.





No comments:

Post a Comment